Thursday, November 29, 2012

Untukmu EMAK


Assalamualaikum..


Khas buat insan yang berjiwa kental dan hebat iaitu EMAK kepada PUANCAHAYAUTAMA...


Tengok nih mokcik emak dah besar sikit ...Gambar nihh pun emak yang tangkapkan..
ilye~




kita pemalu orangnye..^_^



LET'S START


" BIAR "
mata tua yang memandang aku itu

bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.



wahai IBUKU
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?



wahai IBUKU
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu



mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
harum
senyum



dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”



wahai IBUKU
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu



wahai IBUKU
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi



ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati



ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga



ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?



ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi

istanamu syurga menanti






Gambar lama yang diedit sekian lamanyaa..




youwww peace youww...you are rock and strong mum....


P/S =
 Lagu "biar" dinyayikan oleh fynn Jamal..Untuk pengetahuan lirik IBUKU sebenarnya
 lirik asal adalah AYAHANDA..aku just tukar... ok,, sekarang korang pergi dengar dekat 
 youtube lagu nihh,,,serius sedih woooo fynn jamal nyanyi..


Till then..
byeee~
         




Monday, November 26, 2012

PHOTOSHOOT #2


Assalamualaikum..


Minggu ini adalah minggu yang agak kelibut dan sedikit buzy bagi aku yang suka membuang masa nih sehingga berat badan aku pun dah turun sebanyak 5kg....Silaaa percaya kalau korang rasa si kuat makan ni telah hilang berat badan sebanyak tuh..Ikut logik babeyyhh...^_^

Antara perkara yang aku lakukan sehingga menampakkan seorang remaja yang tidak cukup masa,,ok over sangat ayat di atas..Lupakan..hmmm pertama adalah satu perkara penting untuk aku naik motor jalan jauh2 dengan aman adalah lesen moto!,Yes sekarang aku sedang jalani proses untuk mendapatkan lesen motor..yaa last week I also follow a trip to thailand border, perlis and kedah .. ok episode of this trip I will write on the next entry...


" Macam orang nak tahu sangat je aktiviti harian mahupun mingguan kau athirah";

 hAAA kantoi aku dengar hati korang cakap!...Is'ok aku tak kesah sebab aku tulis di dalam blog aku umpama my diary digital..Bukan aku pergi merawang tulis dekat blog orang lain pun..ok coo00l~


EHH macam daa jauh sangat je aku melencong dari title nihh,,ape kes ...Mari kita story mory yaa wahai diary digital..Photoshoot kali ini telah dirancang dan banyak kali cancel sebab musabab bila petang tiba ,cuaca turut cemburu dengan aktiviti yang aku mahu lakukan..Ye laa,,petang je bukan main lebat woo hujan turun dengan jayanya..Tapi takpe bilaa kita redhaa dengan sesuatu perkara i.allah yang menanti lebih baik dari yang dijanji dengan kawan2..Siapa kita nak salahkan hujan apabila aktiviti yang kita naa lakukan terbantut,,Semua itu kuasa allah..Just redhaaa~


Oleh itu,,setelah pung pang pung pang berjanji cancel berjanji cancel ..Tibanya di suatu hari yang hening pada pukul 12 tengah hari bertempat di Sungai Chepor maka terlaksanalah hasrat Funky moment picture yang diangg,otai tiga orang pemuda untuk photoshot aku dan wani yang bertemakan baju kurung indah pertiwi ..


ALLAH CREATION IS REALLY VERY BEAUTIFUL  ^_^



HAHA~ hasil didikan si photographer shahdan ,, aku berjaya meghasilkan postur badan yang okey. Fahamilah korang "okey" yang dimaksudkan oleh aku adalah elemen kurus..Kahkahkah... 'ohh yaa tak lawak ; walaupun tudung tidak memberi kerjasama cukuplah, peranan baju memberi elemen yang indah..+_+




Ini gambar kesukaan aku.,,sebab aku rasa gambar kawan aku ni memberikan satu   perasaan yang indah bila lihat disamping mata dia yang menawan dan hasil daripada kibaran tudung dia yang dilakukan oleh aku dari belakang. cukup memberikan impak yang hebat pada gambar ini..Ni si shahdan yang snap..Gilaa berbakat laa si shahdan nih...


wekkkkkk shahdan jugak yang snap~senyum palsu belaka mana taknyaa kemera dekat sangat dengan muka..haha  tadah je laaa..


^_^


 ^_^



ayuuu gituu



Ketembaman teserlah sangat.



Gamabr nih paling banyak respond/komen positif daripada phtographer yang lain..Aku pun taa tahu kenapa sebab aku belum ceburi lagi dunia photografi nih..Mungkin tone colour yang digunakan kot nampak lain sikit...



Baru perasan macam bejela pulak entry kali nih...ohh sebelum tuh doakan aku lulus ujian undang2 yaaa...mari tadah tangan ramai2 seraya monolog dalaman " ya allah semoga sitinorathirahazmi lulus dalam ujian undang2 kmputer "


till then..
byeee~




Thursday, November 22, 2012

FESYEN BAJU YANG PALING MENGARUT ~


Assalamualaikum..

HAI too sesiapa yang sedang baca- membaca blog picisan aku nih,,hey hey rasanya daa lebih dua minggu aku taa update blog..Actually bila cuti sekolah banyak benda yang aku naa buat sampai blog aku pun jarang di sign in..hewhew..


kalau boleh setiap hari yang aku lalui aku nak catatkan di blog ,,tapi tu laa sometime idea dan mood datang nak tulis entry tak bertempat.Macam kalau tengah makan ke,, tengah baca buku novel ke ,,bukan main lagi idea banyak datang nak tulis di blog...Bila ngadap depan laptop tak dek plak mood naa tulis...haha,,macam2 ragam hadoooo....


Haa yeww kembali ke pangkal jalan ,,sebenarnye entry aku kali nih saja naa share bahawasanya dunia fesyen nih kadang2 macam taa masuk akal diorang nak reka...

cuba tengok fesyen nihh,,apakah yang bermain di benak korang,,haha...Adakah kaum lelaki teringin naa pakai?...:)


feyen catwalk katanya..


Aku rasa, kalau aku bagi seluar tu pada tokwan aku pun belum tentu dia nak ambil..Hewhew..Kalau perempuan tengah mengandung tengok macam nih seluarnye ,,boleh terkeluar anak tuh..HAHAHA..Lagi satu topi tu sape yang naa pakai kalau tinggi dia pun bukan2..

OK pandai2 laa korang fikir siapa yang nak pakai cenggini fesyennyewwwwww~

Bukan ape, saje je naa share gambar yang membuatkan aku tak kering gusi gelak sorang2 bila tengok gambar nih...KAHKAH ^_^

till then...
bye..

p/s= pray to gaza, syria dan seluruh rakyat di palestin yang                     
       bertarung nyawa dengan israel laknatuallah tu~




.

Saturday, November 3, 2012

hari ini..


Assalamualaikum...


Hari ini mak suruh aku beli lauk sebab mak tak sempat naa masak tapi aku tak tahu naa beli lauk ape,,,jadi aku telah bertanye setiap sorang penghuni rumah nak lauk ape,,lalu tokwan aku menjadi sasaran utama untuk ditanya nak makan ape..kemudian aku bertanye pula kepada adik aku nak makan ape,,lantas ini jawapan dari dua orang penghuni tegar dalam rumah itu,,si tok wan nak makan udang katanye,,lalu aku membelinya udang masak merah..Manakala si cucunya nak makan daging masak hitam walhal masakan itu baru sahaja dua hari lepas di masak oleh mak...hmm aku ikutkan sahaja sebab kalau tak beli tak makan pulak budak tuh...


Hari ini aku telah berjaya menyiapkan kertas tiga pepriksaan akaun bagi bahagian lejar..ALhamdullilah daa siap sepenuhnye bagi bahagian itu,,cuma tinggal penyata pendapatan serta isi kandungan dan muka depan je belum siap..Tak pe sikit2 nanti siap laa tuh..Sebab tarikh penghantaran minggu depan sebelum holiday school...Yeyyy!! wahhh excitednyeee diaaaaa NAA CUTI SEKOLAHHH..Siapa tak nak cuti sekolahkan,,semua orang naa bercutiiiii ok termasuklah semua yang bergelar pekerjaaaa...
Kalau setuju sila angkat kening sebanyak dua kali...*_*


Hari ini aku juga telah mengajak driver aku ke maydin..WAhahaaa i mean my driver is zarifah merangkap kawan serempit pergi sekolah...kuikuiiii,,,Aku memang spesis malas naa membonceng tapi aku suka menumpang ,,hhhehe,,perangai macam puaka niyang rapit bukan...itu laaa si pemilik blog picisan ini...Haaa bilaaa sebut pasal maydin ,,ini adalah tempat paling best abad ini yang aku gemar kunjung sebab musabab tentunya syurga makanan bagi aku..Bagi korang aku tak tahulah..Yeww laa mana taknye,,setipa kali aku pergi maydin tentu sahaja ade kedai makan yang baru bukak..Antaranya paling new,,kedai makan upin ipin,,kedai cendol dan paling aku tunggu-tunggu ialah TUTTI FRUTTI..
yAllahh teringin sangat anak tekak ini merasa..Sesungguhnya rezeki itu pemberian dari allah...:/


Hari ini juga aku telah melihat dengan mata kasar aku sendiri mahkluk ciptaan allah yang dikenali orang asli...YAaa orang asli..Aku ingatkan di zaman era globalisasi ini semua orang daa tahu dan pandai naik liff mahupun eskalator..Tapi hari ini aku mengetahui bahawa orang asli tak tahu ape itu asklator dan tak reti naik.. Ini kebenarannye,,bukan buat cerita ok..Bermulanya aku melihat sekawan orang asli baru turun dari bas,,fuhhh ramai kowttttt,,,bukan sekawan dah tapi satu kampung orang asli agaknya,,mungkin meraka buat rombongan ke maydin..hehe...Dari penglihatan aku,aku tengok sorang pun tiada yang memakai tudung mahupun secalit gincu dan ada yang mendukung anak dalam kain batik letak belah depan ,,alaaa macam orang lama2 dukung anak tuh...Ada juga yang pakai baju kurung tapi kain senteng macam sedang mengharunggi banjir di dalam maydin..haha,,Maybe style diorang kowt macam tuh...haishhh macam2 ada,bilaa naa diceritakan memang tak habis laa samapai esok..

.HAAA ini paling best bila tengok gelagat orang asli naik esklator dalam maydin uhh,,,ade yang melompat jauh dari bawah ke atas masa mula2 nak naik esklator,, ade pula yang langkah besar masa nak naik dan ade pula yang takut nak naik esklator..yang takkut nak naik nihh,,ramai laa jugak sampai diorang tenung je esklatr tuh dan tengok cara2 orang lain naik...HAHA... Sungguh melucukan suasana waktu tuh...Masa tuh aku tengok je diorang,,aku tertunggu-tunggu jugak bila laa diorang nak naikkan..you know perasaan teruja ! hehe... Daripada ramai yang takut nak naik tu,,ade dua tiga orang yang sudah naik tapi dalam keadaan dimana diorang pegang kuat2 penghadang bagi dua bahagian esklator tuh ^_^...Lepastuh ade yang sanggup jalan bawahh je sebab takut nak naik esklatr tuh...
Yallah sungguh aku kesian sekali melihat diorang macam tuh...Aku berharap tahun 2020 tiada lagi manusia yang takut nak naik esklator...kahkahakah..


Hari ini aku bersyukur sebab dilahirkan dikampung bukannyaa di tempat orang asli mahupun dilakalangannya...Tapi disisi allah tiada manusia yang berbeza semuanya sama sahaja kerana dia lah yang mencipta sesuatu kejadian...SUBHANALLAHHH~


Semoga setiap hari aku,, sentiasa dekelilingi benda2 yang baharu supaya dapat mengaharungi kehidupan yang fana ini dengan ilmu dunia yang sementara....aaaaminnn~~~~

ehhhh sory macam tengah tulis karangan penulisan jew!! kahkah

till then...
bababaiiiii @_@