Friday, March 18, 2011

~MULA DENGAN DIRI KITA~

Tatkala ak masih muda,
bebas dan imaginasi ak tidak terbatas,
ak berangan-angan untuk mengubah dunia,

Apabila ak semakin dewasa dan bijak,
ak dapati dunia tidak akan berubah,
lantas ak kecilkan impian ak dan
ak bercadang untuk mengubah negara ak sahaja,

Tetapi ini juga nampaknya tidak mungkin di laksanakan,
Apabila ak memasuki usia tua,
dalam satu cubaan yang terdesak,
ak putuskan untuk hanya mengubah keluarga ak,
mereka-mereka yang terdekat dengan ak,
tetapi malangnya,
tidak ada siapa pun yang ingin berubah,

Dan sekarang ketika ak terbaring di katil,
menunggu ajal,
barulah ak sedar:

Jika hanya ak terlebih dahulu cuba mengubah diri ak,
pastinya dengan contoh teladan
itu akan dapat mengubah keluarga ak,

Daripada inspirasi dan dorongan mereka,
kemungkinan ak akan dapat mengubah negara ak,
dan siapa tahu,
ak mungkin mengubah dunia...





WASALAM~

p/s= cuti seminggu ni tak g mne2 pun..
        sedihnya....
        sdis sekali!

No comments:

Post a Comment