Saturday, November 3, 2012

hari ini..


Assalamualaikum...


Hari ini mak suruh aku beli lauk sebab mak tak sempat naa masak tapi aku tak tahu naa beli lauk ape,,,jadi aku telah bertanye setiap sorang penghuni rumah nak lauk ape,,lalu tokwan aku menjadi sasaran utama untuk ditanya nak makan ape..kemudian aku bertanye pula kepada adik aku nak makan ape,,lantas ini jawapan dari dua orang penghuni tegar dalam rumah itu,,si tok wan nak makan udang katanye,,lalu aku membelinya udang masak merah..Manakala si cucunya nak makan daging masak hitam walhal masakan itu baru sahaja dua hari lepas di masak oleh mak...hmm aku ikutkan sahaja sebab kalau tak beli tak makan pulak budak tuh...


Hari ini aku telah berjaya menyiapkan kertas tiga pepriksaan akaun bagi bahagian lejar..ALhamdullilah daa siap sepenuhnye bagi bahagian itu,,cuma tinggal penyata pendapatan serta isi kandungan dan muka depan je belum siap..Tak pe sikit2 nanti siap laa tuh..Sebab tarikh penghantaran minggu depan sebelum holiday school...Yeyyy!! wahhh excitednyeee diaaaaa NAA CUTI SEKOLAHHH..Siapa tak nak cuti sekolahkan,,semua orang naa bercutiiiii ok termasuklah semua yang bergelar pekerjaaaa...
Kalau setuju sila angkat kening sebanyak dua kali...*_*


Hari ini aku juga telah mengajak driver aku ke maydin..WAhahaaa i mean my driver is zarifah merangkap kawan serempit pergi sekolah...kuikuiiii,,,Aku memang spesis malas naa membonceng tapi aku suka menumpang ,,hhhehe,,perangai macam puaka niyang rapit bukan...itu laaa si pemilik blog picisan ini...Haaa bilaaa sebut pasal maydin ,,ini adalah tempat paling best abad ini yang aku gemar kunjung sebab musabab tentunya syurga makanan bagi aku..Bagi korang aku tak tahulah..Yeww laa mana taknye,,setipa kali aku pergi maydin tentu sahaja ade kedai makan yang baru bukak..Antaranya paling new,,kedai makan upin ipin,,kedai cendol dan paling aku tunggu-tunggu ialah TUTTI FRUTTI..
yAllahh teringin sangat anak tekak ini merasa..Sesungguhnya rezeki itu pemberian dari allah...:/


Hari ini juga aku telah melihat dengan mata kasar aku sendiri mahkluk ciptaan allah yang dikenali orang asli...YAaa orang asli..Aku ingatkan di zaman era globalisasi ini semua orang daa tahu dan pandai naik liff mahupun eskalator..Tapi hari ini aku mengetahui bahawa orang asli tak tahu ape itu asklator dan tak reti naik.. Ini kebenarannye,,bukan buat cerita ok..Bermulanya aku melihat sekawan orang asli baru turun dari bas,,fuhhh ramai kowttttt,,,bukan sekawan dah tapi satu kampung orang asli agaknya,,mungkin meraka buat rombongan ke maydin..hehe...Dari penglihatan aku,aku tengok sorang pun tiada yang memakai tudung mahupun secalit gincu dan ada yang mendukung anak dalam kain batik letak belah depan ,,alaaa macam orang lama2 dukung anak tuh...Ada juga yang pakai baju kurung tapi kain senteng macam sedang mengharunggi banjir di dalam maydin..haha,,Maybe style diorang kowt macam tuh...haishhh macam2 ada,bilaa naa diceritakan memang tak habis laa samapai esok..

.HAAA ini paling best bila tengok gelagat orang asli naik esklator dalam maydin uhh,,,ade yang melompat jauh dari bawah ke atas masa mula2 nak naik esklator,, ade pula yang langkah besar masa nak naik dan ade pula yang takut nak naik esklator..yang takkut nak naik nihh,,ramai laa jugak sampai diorang tenung je esklatr tuh dan tengok cara2 orang lain naik...HAHA... Sungguh melucukan suasana waktu tuh...Masa tuh aku tengok je diorang,,aku tertunggu-tunggu jugak bila laa diorang nak naikkan..you know perasaan teruja ! hehe... Daripada ramai yang takut nak naik tu,,ade dua tiga orang yang sudah naik tapi dalam keadaan dimana diorang pegang kuat2 penghadang bagi dua bahagian esklator tuh ^_^...Lepastuh ade yang sanggup jalan bawahh je sebab takut nak naik esklatr tuh...
Yallah sungguh aku kesian sekali melihat diorang macam tuh...Aku berharap tahun 2020 tiada lagi manusia yang takut nak naik esklator...kahkahakah..


Hari ini aku bersyukur sebab dilahirkan dikampung bukannyaa di tempat orang asli mahupun dilakalangannya...Tapi disisi allah tiada manusia yang berbeza semuanya sama sahaja kerana dia lah yang mencipta sesuatu kejadian...SUBHANALLAHHH~


Semoga setiap hari aku,, sentiasa dekelilingi benda2 yang baharu supaya dapat mengaharungi kehidupan yang fana ini dengan ilmu dunia yang sementara....aaaaminnn~~~~

ehhhh sory macam tengah tulis karangan penulisan jew!! kahkah

till then...
bababaiiiii @_@




No comments:

Post a Comment